Friday, November 17, 2017

Ayahku Batman

AYAHKU BATMAN


Cerita ini mengisahkan seorang ayah yang ingin menghiburkan hati anak lelakinya namun , tidak disukai anaknya kerana ayahnya seorang perompak. ❤

Sinopsis filem pendek ini bermula dengan Hasan yang baru dibebaskan dari penjara atas kesalahan merompak . Aril , yang merupakan anak kepada Hasan sangat membencinya kerana jenayah yang dilakukannya . Walaupun Hasan ingin membetul keadaan , namun banyak perkara buruk yang berlaku antara mereka. 💨


AMIRUL ADLI
💦 (Hasan/Batman) 🐦

Hasan ataupun Batman merupakan watak utama dan protagonis dalam cerita ini. Hasan mempunyai anak iaitu Aril. Aril merupakan satu-satunya anak yang dia ada. Namun, dia dilayan buruk oleh anaknya sendiri setelah keluar daripada penjara walaupun Hasan telah insaf. Ini sebab Aril teringat akan kejadian yang berlaku 10 tahun lalu. Dahulu, Hasan pernah merompak sebuah kedai berdekatan dengan rumahnya dan dia ditangkap oleh polis. Selepas itu, isterinya meninggal dunia akibat sakit jantung setelah mendengar khabar berita yang diberi oleh orang kampung dan mereka memandang hina terhadap keluarga Hasan. Aril tinggal keseorangan diri di rumah dan berasa bengang kerana sering dikecam teruk oleh orang kampung. Sebelum Hasan masuk ke dalam penjara, Aril merupakan anak yang sangat baik. Namun, selepas itu, Aril berubah. Perwatakan Hasan dalam filem pendek ini ialah dia berbadan besar, berjambang, dan perutnya agak buncit. Walaupun fizikalnya sebegini namun dia pandai dalam seni pertahankan diri. Hasan mempunyai kekuatan iaitu pandai dalam berlawan dan juga pandai menguruskan anak. Malah, dia juga mempunyai kelemahan, iaitu dia ada penyakit mental. Kadang-kadang, Hasan tidak dapat mengawal dirinya sendiri kerana penyakit itu. Ada kalanya, dia menyerang seseorang tanpa sebab dan tanpa dia sedari. Ada kalanya, dia berfikir perkara yang agak pelik dan misteri. Ada kalanya, dia ketawa bersendirian semasa keseorangan. Sebab itu Aril agak risau untuk menerima Hasan sebagai ayahnya walaupun itu ayahnya yang sebenar. 💙



RAJA DANIEL
👶 (Aril) 😠

Aril juga adalah salah seorang watak utama dan juga watak protagonis dalam cerita ini. Aril merupakan anak tunggal kepada Hasan. Dia sering ingin berjauhan dengan ayahnya walaupun ayahnya itu sudah insaf atas perbuatannya. Ini kerana mereka mempunyai sejarah hitam. Semasa Hasan dalam penjara, hidupnya menjadi huru-hara kerana kesuntukan wang dan dia terpaksa berhutang dengan Sai, iaitu ketua gangster di tempatnya, untuk menyara hidupnya dan Aril hanya bekerja sebagai seorang mekanik sahaja. Gajinya juga agak kecil dan tidak mampu untuk membayar semula hutang Sai tersebut. Aril berbadan kurus, rendah dan berambut panjang dan mukanya mempunyai lebam-lebam juga sering memakai plaster di hidungnya kerana selalu dipukul oleh pengikut-pengikut Ah Long. Aril merupakan seorang yang tegas dan keras kepala. Malah, dia juga merupakan seorang yang selalu bergantung kepada orang dan tidak pandai membuat keputusan. ☺


SHAZRY AMRI
🔫 (Sai/Joker) 😈

Sai atau Joker merupakan watak antagonis utama dalam cerita ini. Sai ialah seorang yang jahat dan keras hati. Dia buat apa-apa sahaja yang dia inginkan walau macam mana sekalipun. Sai berperwatakan tinggi, kacak, dan psiko. Dahulu, Sai adalah bekas banduan, kerana dia telah merompak sebuah bank dan mendapat hasil yang banyak daripada rompakan itu. Selepas 5 tahun di dalam penjara, dia keluar daripada tempat tersebut dan menjadi seorang pembunuh bersiri dan seorang yang kaya raya. Walaupun dia sudah keluar daripada 'keranda besi', Sai masih lagi tidak sedar tentang perbuatannya dan tidak mahu insaf. Dia mengambil Nico dan Dafi sebagai pengikutnya. Sai juga membuat bisnes haram bersama mereka dengan mengedar dadah. Mereka mendapat hasil yang banyak daripada kerja haram itu. Inilah manusia yang Aril berhutang dan tidak dapat melangsaikannya. 💵



HAZIQ ISKANDAR
👹 (Nico) 💖


Nico merupakan salah seorang pengikut kepada Sai/Joker. Sebelum dia menyertai Sai, dia seorang yang sangat baik. Nico sering membantu kedua ibu bapanya dan mencurahkan kasih sayang kepada mereka berdua. Namun setelah itu, Sai 'mengumpan' Nico ketika di dalam sebuah restoran dan pada masa itu Nico keseorangan. Sai memasukkan ubat tidur ke dalam minuman Nico dan setelah itu dia pengsan di dalam kereta Sai semasa dia ingin mengajak lelaki baik itu berjalan-jalan sementara. Sai membawanya ke tempat rahsianya dan ingin 'brainwash' Nico. Selepas itu, Nico sudah terpedaya dengan permainan Sai dan dia tidak pulang ke rumah buat selamanya dan ibu bapanya tidak tahu khabar berita mengenai anak kesayangannya. 👤


AKMAL ZAINAL
👺 (Dafi) 💜

Dafi juga salah seorang pengikut Sai. Mengikut cara Dafi, ianya berlainan dengan cerita Nico. Nico dahulunya seorang yang baik, tetapi Dafi berbeza. Dahulu dan kini dia tetap berhati keras dan kejam. Dafi merupakan seorang yang sangat jahat dan tidak ada belas kasihan. Dahulu Dafi sering membuat kerja-kerja kotor, seperti mencuri, bermain judi, hisap dadah dan macam macam lagi. Seperti Nico dia di psiko oleh Sai, tetapi Dafi ingin mewakilkan diri kepada Sai dan mahu menyertai ketua gangster tersebut. 👊




Ini adalah trailer filem pendek 'Ayahku Batman'. Korang enjoy eh! Full video akan upload di Youtube. Kitorang akan bagi link sebentar sahaja lagi. Okay gerak lu. ✌


😁 Bersama krew-krew dan para pelakon. 😀